Punca Sebenar Budak Ini Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar Terjawap..

Punca Sebenar Budak Ini Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar Terjawap..

TINDAKAN seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia.

Dalam gambar yang menjadi viral itu, kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut kelihatan belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya musnah dalam kebakaran.

Gambar itu telah dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca.

 Difahamkan, kana-kanak itu, Daniel Cabrera tidak sedar ketika gambarnya dirakam.

Joyce berkata,” pada saya yang juga seorang pelajar, dia telah membuatkan saya begitu tersentuh.

“Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar.”

Daniel yang kemudiannya diburu  media negara berkenaan mendedahkan, dia akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya. lapor mStar.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!