Punca Sebenar 300,000 Pekerja Tidak Mahu Pulang

Punca Sebenar 300,000 Pekerja Tidak Mahu Pulang – AKIBAT perbezaan tukaran wang asing yang banyak, menyebabkan kira-kira 300,000 pekerja Malaysia berminat untuk mencari rezeki di Singapura. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pekerja dalam sektor perkhidmatan dikatakan antara golongan yang paling banyak bekerja di negara jiran itu, selain sektor pembinaan dan pembuatan.

Punca Sebenar 300,000 Pekerja Tidak Mahu Pulang

“Ramai warganegara Malaysia tidak mahu pulang semula ke negara asal sendiri disebabkan faktor nilai wang tukaran asing.

“Selain diberi gaji lumayan, pekerja Malaysia berasakan mereka mempunyai peluang untuk mengembangkan karier di Singapura,” katanya kepada China Press.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib bahawa kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa untuk menarik balik warga Malaysia yang masih bekerja di Singapura untuk kembali semula ke negara sendiri.

Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini menganjurkan Kembara Kerjaya Train Ride 2.0 dengan 6,000 jawatan ditawarkan daripada lebih 100 majikan.

Sebanyak 1,500 kekosongan ditawarkan untuk lulusan diploma dan ijazah, sijil kemahiran (2,040) dan Sijil Pelajaran Malaysia ke bawah (2,460).

Menurut Shamsuddin, beliau tidak setuju bahawa penganjuran kembara kerjaya seperti itu mampu menarik balik pekerja Malaysia kembali semula ke tanah air, sebaliknya apa yang lebih diutamakan ialah bagaimana membantu penganggur memperoleh pekerjaan. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih