Punca Rumah Zero Hangus Terbakar

Punca Rumah Zero Hangus Terbakar

Kediaman milik kumpulan pelawak Zero yang terletak di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

Memetik laporan mStar Online, pengurusnya Shafeeqa Johari ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut berpunca daripada baju yang terbakar daripada sebuah rumah lalu merebak ke rumah lain. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau membabitkan kemalangan jiwa.

“Alhamdulillah tiada yang tercedera dalam kejadian itu tetapi semua barang-barang musnah akibat kejadian itu,” katanya.

Laporan juga menyebut, ketika kejadian Syaiful dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya sebelum mendapat tahu tentang kebakaran tersebut.

Manakala abang dan adiknya, Atu dan Sharif berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.

Mereka dalam keadaan terkejut apabila Syaiful memberitahu tentang kebakaran itu dan meminta saya segera membeli tiket penerbangan pulang.

Sementara itu, Shafeeqa berkata, Zero bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat.

“Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis).

“Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut,” kata Shafeeqa lagi.

Zero yang dianggotai Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif itu adalah juara program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Menerusi kemenangan tersebut mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.

Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!