Punca PM Sepanyol Kena Tumbuk

Spain’s-PM-Rajoy-punched-Punca PM Sepanyol Kena Tumbuk

Madrid – Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy ditumbuk di muka oleh seorang lelaki ketika kempen pilihan raya di kubu kuatnya di wilayah Galicia, lapor stesen televisyen tempatan yang merakam insiden itu.

Jurucakap Parti Rakyat berkata, Rajoy, 60, tidak mengalami kecederaan tetapi tumbukan itu meninggalkan lebam di wajahnya.

Tumbukan kuat di sebelah kanan mukanya itu juga menyebabkan cermin matanya terjatuh ketika beliau sedang berjalan di sekitar bandar Pontevedra.

Polis berkata, lelaki itu akhirnya diberkas.

Suspek itu dikatakan berdiri di sebelah Rajoy dan secara tiba-tiba menumbuk beliau. Rajoy tetap meneruskan agendanya selepas insiden berkenaan.

Rajoy kemudian memuat naik entri di Twitter, menyampaikan penghargaan kepada penyokong dan meyakinkan orang ramai.

“Saya baik, dan dalam perjalanan ke satu lagi perhimpunan di Coruna,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih