Punca Pelajar SPM Ditikam, Dikelar…

Punca Pelajar SPM Ditikam, Dikelar…

Teluk Intan – Pelajar lelaki yang baru sahaja selesai menduduki kertas Bahasa Inggeris 1 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, di sini cedera selepas ditikam dan dikelar dengan pisau lipat oleh seorang rakan sekelasnya, pagi tadi.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa B Previen, 17, dikatakan diserang pelajar menggunakan pisau lipat selepas berlaku pergeseran seterusnya cabar mencabar di antara mereka sebelum mangsa ditikam dan dikelar.

Mangsa yang cedera di beberapa anggota badan dibawa oleh pihak sekolah ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku di SMK Hutan Melintang.

Beliau difahamkan pelajar lelaki yang menyerang mangsa sebelum ini tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan kerana menghadapi masalah tekanan perasaan dan motif kejadian masih di siasat pihaknya, lapor Harian Metro.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!