Punca Lori Rempuh 24 Kenderaan Di Jalan Jelatek

Punca Lori Rempuh 24 Kenderaan Di Jalan Jelatek

Kuala Lumpur – Sebanyak 24 buah kenderaan rosak teruk apabila dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni bukit di Jalan Setiawangsa menghala ke Jalan Jelatek, di ibunegara semalam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.35 petang.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku apabila lori 30 tan yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun hilang kawalan dan merempuh kenderaan
lain di kawasan lampu isyarat Jalan Enggang Keramat.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Markandan, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan dan menjalankan ujian air kencing terhadap pemandu terbabit, lapor Bernama.

jelatek

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 89 times, 1 visits today)

Leave a Reply