Punca Kekecohan di Stadium Larkin

Punca Kekecohan di Stadium Larkin

Johor Bahru – Perkarangan Stadium Larkin di sini, malam tadi dicemari dengan insiden kekecohan membabitkan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama anggota keselamatan.

Kejadian kira-kira 11.15 malam itu menyebabkan polis terpaksa menyuraikan penyokong terbabit bagi mententeramkan keadaan.

Insiden kekecohan itu turut menyebabkan penyokong JDT bertempiaran lari, malah beberapa individu dipercayai turut ditahan.

Malah terdapat anggota polis yang cedera ketika meleraikan kumpulan penyokong terbabit terkena objek keras.

Bagaimanapun, polis sedang mengawal keadaan dan kebanyakan penyokong sudah bersurai.

Dalam aksi Liga Super sebelum itu, JDT menewaskan Perak 4-1.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih