Punca Kejatuhan Jenama Kodak, Jenama Gergasi Dunia Fotografi Satu Ketika Dahulu

Punca Kejatuhan Jenama Kodak, Jenama Gergasi Dunia Fotografi Satu Ketika Dahulu

Punca Kejatuhan Jenama Kodak, Jenama Gergasi Dunia Fotografi Satu Ketika Dahulu – Sekiranya anda lahir pada tahun 90-an atau sebelum, anda pasti biasa mendengar jenama Kodak. Kodak merupakan sebuah syarikat gergasi dari Amerika yang memonopoli jualan pasaran gambar filem di dunia.

Punca Kejatuhan Jenama Kodak, Jenama Gergasi Dunia Fotografi Satu Ketika Dahulu

Pada zaman kegemilangannya, Kodak menguasai 70% pasaran dunia. Cuba tanya pada anak-anak zaman sekarang, jenama ini tentulah sangat asing bagi mereka.

produk kodak 398

Walaupun memonopoli dunia fotografi pada satu ketika dahulu, atas beberapa sebab, jenama ini jatuh dan terus tenggelam pada zaman teknologi kini.

Sebab-Sebab Kejatuhan Jenama Kodak

Punca Kejatuhan Jenama Kodak, Jenama Gergasi Dunia Fotografi Satu Ketika Dahulu

1. Takut Mengambil Risiko

Walaupun kamera digital merupakan ciptaan seorang jurutera elektrikal daripada Kodak, kini Kodak bulah kuasa besar untuk kamera digital. Pada peringkat awalnya, pihak Kodak tidak yakin akan kemampuan kamera digital dan mereka tidak begitu serius melaburkan duit untuk pembangunannya.

Pada ketika itu, mereka lebih selesa mempromosi dan menambah baik produk mereka yang sedia ada, iaitu filem gambar. Peluang ini diambil oleh Sony, Canon dan beberapa jenama lain yang kini merupakan pelopor kamera digital.

 

2. Saingan Daripada Fujifilm

Fujifilm merupakan antara saingan utama Kodak. Fujifilm merupakan sebuah syarikat daripada Jepun. Pada tahun 1980-an, teknologi baru daripada Fujifilm telah membolehkan mereka menghasilkan filem gambar dalam skala besar pada harga yang jauh lebih murah.

Mereka berjaya mendapatkan kerjasama peruncit besar Amerika Syarikat, Walmart untuk menjual produk mereka seterusnya meningkatkan jualan secara mendadak. Pada penghujung tahun 90-an, jualan filem gambar oleh Fujifilm telah melepasi jualan Kodak. Punca Kejatuhan Jenama Kodak, Jenama Gergasi Dunia Fotografi Satu Ketika Dahulu

 

3. Membuat Pelaburan Yang Salah

Kodak sedar bahawa mereka bukan lagi jenama popular untuk filem gambar. Kemajuan teknologi juga menyebabkan produk mereka semakin kurang laku dan memerlukan mereka melancarkan produk baru seperti CD gambar.

Selain itu, dengan kepakaran dalam kejuruteraan kimia yang mereka miliki untuk menghasilkan filem gambar, Kodak telah membeli sebuah syarikat farmaseutikal bernama Sterling Drug. Malanganya kepakaran dan sumber yang mereka ada ternyata tidak mencukupi untuk memajukan sebuah syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan. Ternyata, dunia fotografi dan farmaseutikal adalah dunia perniagaan yang jauh berbeza sekali.

kodak 50 tahun 315

Kisah kejatuhan jenama Kodak ini seharusnya memberi pengajaran yang berguna buat kita. Dalam dunia teknologi yang semakin bergerak pantas ini, ia memerlukan kita untuk berani mengambil risiko dan bijak mengambil peluang yang sedia ada untuk survival.

Kredit: IPWatchdog via iluminasi.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin