Punca Datuk Jalaludin Dikejarkan ke HKL

Punca Datuk Jalaludin Dikejarkan ke HKL

Punca Datuk Jalaludin Dikejarkan ke HKL – PELAKON veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, 63, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila mengalami sesak nafas selepas menjadi tetamu program bual bicara Assalamualaikum di stesen TV Alhijrah, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.

Menantunya, Mohd Hafiz Mohd Seth ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika Jalaludin sedang berjalan menuju ke keretanya sebaik program yang ditayangkan secara langsung itu tamat.

Punca Datuk Jalaludin Dikejarkan ke HKL

“Dia sempat berjalan ke kereta dan terus menghubungi salah-seorang anaknya memaklumkan mengalami sesak nafas. Bimbang berlaku apa-apa yang tidak diingini, anaknya segera menghubungi ambulans sebelum dibawa ke HKL,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mohd Hafiz, bapa mentuanya itu kini dirawat di wad kecemasan HKL dan masih menunggu laporan lanjut daripada doktor.

Mohd Hafiz berkata, Jalaludin memandu sendirian ke stesen TV Alhijrah bagi menghadiri program berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Datuk Izelan Basar menerusi satu kenyataan memaklumkan pelakon itu sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital, pagi hari ini.

Jalaludin muncul sebagai tetamu program Assalamualaikum untuk berkongsi pengalaman membina keluarga bahagia serta tips ke arah kestabilan hubungan kekeluargaan.

“Sebahagian anak dan menantu bergegas ke hospital sebaik dimaklumkan perkara ini. Doakan semoga semuanya selamat,” katanya. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih