Punca Bayi Ditinggal Dalam Kereta Dalam Keadaan Menyayat Hati Di Shah Alam

Punca Bayi Ditinggal Dalam Kereta Dalam Keadaan Menyayat Hati Di Shah Alam | Satu kejadian telah berlaku di Seksyen 9, Shah Alam di mana seorang bayi yang berseorangan sudah berpeluh dan enjin kereta serta penyaman udara tidak dihidupkan. 
Namun begitu, ibu bapa kepada bayi ini tidak tahu menghilang ke mana.
Bayi-kereta
Shah Alam – Tindakan pantas orang ramai menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam kereta di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di sini tengah hari tadi.
Bayi yang tidak diketahui jantinanya itu ditinggalkan dalam kereta ibunya yang berkunci dan enjinnya dimatikan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata orang ramai menyedari bayi itu ditinggalkan keseorangan dan mereka cuba mengesan ibu bapanya tetapi gagal.
“Kira-kira lima minit kemudian, orang ramai bertindak memecahkan cermin pintu belakang kereta itu untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang sudah berpeluh.
“Ibu bayi itu tiba sebaik anaknya berjaya diselamatkan dan beliau mengakui terlupa menghidupkan enjin keretanya kerana mahu tergesa-gesa atas urusan penting,” katanya, lapor Bernama.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih