Punca ‘Anu’ Lelaki Ini Tersepit Pada Spanar Jadi Tanda Tanya..

Punca 'Anu' Lelaki Ini Tersepit Pada Spanar Jadi Tanda Tanya..Punca ‘Anu’ Lelaki Ini Tersepit Pada Spanar Jadi Tanda Tanya.. – GUANGZHOU – CHINA . Di Malaysia sudah tersiar kemaluan lelaki tersepit pada kerusi, cincin malahan eskalator. Lain ceritanya pula di China.¬†Selasa lepas, seorang lelaki tiba di hospital Guangzhou bersama spanar tersepit pada kemaluannya.

Mangsa keberatan untuk menerangkan bagaimana alatan tersebut berada di ‘lokasi’ tersebut dan mengatakan beliau mahu ia ditanggalkan.

Punca ‘Anu’ Lelaki Ini Tersepit Pada Spanar Jadi Tanda Tanya..

Doktor yang memeriksa mangsa menyedari operasi ‘membebaskan’ kemaluan lelaki tersebut adalah rumit disebabkan ia sudah membengkak dan menimbulkan risiko pendarahan jika berlaku sebarang kesilapan.

Pihak hospital juga tidak mempunyai alatan yang sesuai untuk operasi tersebut, lalu pihak bomba dipanggil.

Pihak bomba kemudian menggunakan mesin pemotong ‘angle grinder’ dalam operasi yang memakan masa dua jam.

Selepas operasi selesai dan kemaluan mangsa ‘selamat’, doktor mengatakan mangsa bernasib baik kerana kemaluannya belum mengalami proses nekrosis (kematian sel). – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih