PT3 Sejarah : Tugasan / Pentaksiran Tingkatan 3

PT3 Sejarah : Tugasan / Pentaksiran Tingkatan 3 – Menjelang tahun 1874 British melaksanakan dasar campur tangan secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Namun begitu langkah mencampuri urusan dalam negeri Melayu telah bemula lebih awal di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Antara sebab campur tangan tersebut antara lain ialah kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Eropah lain yang sedang berada di Asia Tenggara seperti Perancis di “Indochina, Sepanyol di Filipina, Belanda di Indonesia. British tidak mahu kepentingan ek&n&minya di Negeri Melayu diancam oleh kuasa ini.  # pt3 sejarah

Natijahnya British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang. Di keempat-empat negeri ini British melaksanakan sistem residen sebagai cara pentadbiran atau pemerintahan. Kejayaan British menguasai negeri tersebut banyak disebabkan oleh pertelingkahan antara raja dan pembesar negeri disamping berebut pengaruh dan kuasa.  # pt3 sejarah

PT3 Sejarah : Tugasan / Pentaksiran Tingkatan 3

Namun begitu sistem residen memiliki beberapa kelemahan yang ketara yang turut disedari oleh British sendiri. Bagi raja Melayu pada masa itu kuasa residen telah menjadi dominan dalam pentadbiran negeri. Residen mengambil alih kuasa pentadbiran dan pungutan cukai. Hal ini terjadi kerana residenlah yang menjalankan semua urusan pentadbiran. Nasihat resdien sebenarnya merupakan kata putus yang perlu diikuti oleh sultan. Namun ada sesetengah residen juga turut campur dalam isu berkaitan adat resam pembesar dan raja pada masa itu.  # pt3 sejarah

Sistem residen juga bukanlah satu sistem yang terancang kerana kuasa residen disetiap negeri dilihat berbeza, tidak seragam dan tidak memiliki satu panduan tugas yang sama antara keempat-empat buah negeri ini. Hal ini menyebabkan terdapatnya idea menyatukan pentadbiran keempat-empat negeri ini dalam sebuah pentadbiran.  # pt3 sejarah

“dea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan . Dalam lap&ran itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan !ultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 2ulai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 2ulai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. # pt3 sejarah

pt3-sejarah

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih