PRU 14: Keputusan Pilihan Raya Umum.. Apakah Pilihan Anda?!

PRU 14: Keputusan Pilihan Raya Umum.. Apakah Pilihan Anda?!

PRU 14 – Pilihanraya Terakhir Buat Bangsa Melayu

Assalamu’alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri. Berkemungkinan, PRU 14 adalah yang terakhir buat BANGSA MELAYU.

pru 14

Nabi Muhammad s.a.w. tidak dapat berbuat apa-apa terhadap PERPECAHAN UMAT ISLAM. Hal ini sedemikian, kerana SATU-SATUNYA DO’A Nabi s.a.w. diTOLAK oleh Allah SWT ialah pemohonan Nabi s.a.w. supaya Allah SWT menyatu-padukan Umat Islam, tidak kesampaian.

Sepatutnya KERAJAAN PUSAT TELAH TUMBANG ke tangan PEMBANGKANG berdasarkan ANALISA saperti di bawah. Berkemungkinan,Allah SWT masih lagi sayang dan memberi SATU LAGI PELUANG kepada bangsa Melayu supaya BERSATU-PADU dan JANGAN BERPECAH-BELAH. Jika tidak, bangsa Melayu mungkin TERKEJUT TALIBAN (pinjaman kata-kata kerabat Sultan Kelantan) bukan TERKEJUT BERUK saperti yang kita selaku ungkapkan.

Pembaca yang budiman,

Pola atau bentuk KEMENANGAN PARTI PEMBANGKANG bagi kawasan PARLIMEN dan DUN adalah SEKATA atau KONSISTEN. Hal ini berlaku pada SEMUA PERINGKAT kecuali ada beberapa calun Melayu BN yang menang berkemungkinan kerana KEKUATAN DIRINYA atau SELAKU MENTERI KABINET. Itu pun NASIB MENYEBELAHINYA. Oleh sebab POLA KEMENANGAN itu SAMA,saya akan mengANALISA bagi KAWASAN PARLIMEN saja kerana disinilah tertumpunya KUASA KERAJAAN PUSAT.

Apa yang dikatakan POLA KEMENANGAN PARTI PEMBANGKANG itu SEKATA atau KONSISTEN ialah apabila KEHADIRAN PENGUNDI CINA purata 20% dan lebih di satu-satu kawasan; sama ada PARLIMEN atau DUN maka, kemenangan BERPIHAK kepada PARTI PEMBANGKANG. Lagi tinggi peratusan pengundi Cina, lebih besar majoriti kemenangan berpihak kepada mereka. Ini berlaku SERENTAK secara sekata diseluruh NEGARA termasuk Sabah dan Sarawak.

Sudah Anda bersedia menghadapi PRU 14?

PRU 14: Keputusan Pilihan Raya Umum.. Apakah Pilihan Anda Pada PRU 14?!

Pilihan Raya Umum ke 13 (tahun 2013): Analisis Undi dan Kerusi Mengikut Kaum

Alhamdulillah  PRU 13 telah selesai dan semua data telah diperolehi dan dimuatkan kedalam komputer yang membolehkan analisis secara terperinci. Dalam artikel ini kita hanya memfokuskan suasana di Semenanjung Malaysia kerana   wujudnya kekeliruan  tentang corak pengundian dan implikasinya kepada  halatuju politik setiap kaum selepas ini. Kita  belum lagi membuat analisis suasana di Sabah dan Sarawak kerana tiada timbul persoalan tentang dominasi BN yang berterusan di sana.
Pengundian Mengikut Kaum
Bagi Semenanjung Malaysia, analisis  kita menunjukkan  63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India. Butiran untuk  negeri negeri dan wilayah adalah seperti  dalam Jadual beritkut:
Jadual:  Pengundian Mengikut Kaum
Wilayah Melayu mengundi BN Cina mengundi BN India mengundi BN
KL dan Selangor           62%         11.6%             24.4%
Pulau Pinang            62.4         12.6              21.5
N Sembilan & Melaka            81.8           7.2              31.0
Perak            63.0          13.1               68.5
Kedah            56.7             9.2               54.9
Johore            84.1           11.1               59.1
Terengganu            53.2                  –                –
Kelantan             46.7                    –                 –
Semenanjung(purata)             63.3            10.8                43.2
Jadual di atas menunjukkan sokongan padu kaum Melayu  kepada BN di aras 63.3% dengan Johore mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan sekalipun ada sedikit peningkatan  undi berbanding PRU 12 dan  fenomena ini mampu  menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. Sebagai perbandingan, dalam ramalan kita telah mengagak sokong Melayu untuk BN  di semenanjung pada kadar 61%.
Undi dari kaum Cina,  malangnya untuk BN telah jatuh  diluar jangkaan sama sekali,  keparas 10.8%. Dalam ramalan model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.
Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disa’at sa’at akhir. Ini mencerminkan  betapa efficiennya jentera DAP  dalam merancang dan mempengaruhi kaum Cina dalam pilihan raya kali ini.  Kaum Cina begitu yakin yang  mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang  diterajui DAP. Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan  menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini  hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.
DAP  mampu merancang dan melaksanakan kempen   dengan begitu teliti sekali, Penyokong PAS hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.
DAP telah menggunakan Isu  Rasuah, Kronisma dan Bersih untuk menambat hati orang Melayu, tetapi di sebalik tabir ialah satu perancangan teliti  dan perlaksanaan yang amat efficien untuk menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam. Ini dibuat dengan begitu teratur  termasuk yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan pengundi Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda yang pengundi Cina membentuk 30% dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat Malaysia(sila Klik).
Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat  tetapi kurang sedikit dari jangkaan model. Jika dalam PRU 12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat keparas 43.2%.  Sebenarnya penentangan  ekstrim dari kaum India masih  wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja . Di negeri negeri lain  sokongan mereka  meningkat hingga ke paras 59.1% di Johore dan  68.5%  di  Perak. Nampaknaya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama  Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.
Akhir sekali, dengan angka angka di atas,  saya ingin menjelaskan yang kekurangan kerusi Parlimen BN  sebenar berbanding Ramalan dalam blog ini disebabkan oleh ketiadaan sokongan dari kaum Cina.
Kekalahan di Selangor pula di sebabkan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.
Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum  Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkatkan peratusan undi yang diperolehi. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz.
Komposi Ahli Parlimen  mengikut Parti dan Kaum
Untuk makluman di bawah saya paparkan jadual  komposisi Parlimen dalam jadual di bawah:
Jadual: Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)
Melayu/Bumi Cina India Jumlah
DAP            1      34       3       38
PKR           16        9       5        30
PAS           21        0        0        21
Jumlah  Pakatan  Rakyat           38       43        8        89
Barisan Nasional          122         7         4       133
Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai  122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera  dari Barisan Nasional dan  hanya 38 orang Melayu/Bumiputera dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula didominasi oleh kaum Cina dengan 43 Ahli Parlimen.
Angka diatas menunjukkan ada seramai 160 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 138 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu  isu hukum hudud  yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini.
Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
DAH IKHWAN – http://dahalmi.wordpress.com/2013/05/09/pilihan-raya-umum-ke-13-tahun-2013-analisis-undi-dan-kerusi-mengikut-kaum/

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih