Annuar Musa tarik diri tanding Presiden FAM

CALON Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM, sebentar tadi. Katanya, tiada desakan mana-mana pihak supaya beliau berbuat demikian. Sebelum ini beliau dijangka akan berdepan TMJ untuk merebut jawatan tersebut.

Annuar Musa tarik diri tanding Presiden FAM

Annuar Musa tarik diri tanding Presiden FAM

“Tindakan ini tidak didesak oleh mana-mana pihak,” katanya di sidang media di Parlimen hari ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden FAM, sebentar tadi.

Katanya, tiada desakan mana-mana pihak supaya beliau berbuat demikian.

“Tindakan ini tidak didesak oleh mana-mana pihak,” katanya di sidang media di Parlimen hari ini.

Katanya lagi, komitmen yang ditunjukkan TMJ boleh dijadikan sebagai aset penting untuk kemajuan FAM.

“TMJ perlu diberi peluang seluas-luasnya untuk lakukan sesuatu demi kemajuan bola sepak Malaysia dan kotakan segala janji baginda,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, sebelum ini beliau pernah memberi bayangan untuk memberi laluan khas kepada TMJ memegang jawatan Presiden FAM tanpa perlu bertanding.

“Pada 16 November 2016, saya menghantar teks pesanan ringkas (SMS) kepada TMJ mencadangkan baginda supaya memegang sendiri jawatan Persiden  FAM.

“Waktu itu saya ada berjanji untuk ikhtiarkan agar baginda menang tanpa bertanding…. hari ini saya menunaikan janji tersebut ,” katanya.

Dalam pada itu, katanya keputusan yang diambilnya hari ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

“Tiada ada sebarang desakan malah tiada siapa yang tahu sehinggalah saya sebut pada hari ini, saya buat keputusan sendiri selepas diteliti,” katanya.

Katanya lagi, selepas pengumuman ini beliau akan menumpukan perhatian dalam membantu pasukan Kelantan bagi meningkatkan lagi program bola sepak negeri itu.

“Ini untuk melahirkan lebih ramai bakat di kalangan anak negeri yang menjadi teras kepada pembangunan pasukan Kelantan selama ini, selain itu tugas utama saya adalah untuk menyempurnakan amanah rakyat kawasan saya iaitu di Parlimen Ketereh Kelantan serta memikul amanah parti sebagai Ketua Penerangan Umno malaysia dalam persiapan menghadapi PRU14 nanti,” katanya lagi.

Beliau turut mengharapkan semua pihak dapat menerima keputusan yang diambil olehnya pada hari ini.

“Kepada semua perwakilan kongres FAM pada Sabtu ini serta persiden badan-badan gabungan FAM yang beri sokongan kuat secara diam kepada saya hingga hari ini, saya ucapkan terima kasih dan  mohon maaf kerana keputusan ini tidak saya berbincang walau dengan seorang pun termasuk dengan isteri sendiri,” katanya.

Pemilihan jawatan Presiden FAM bagi penggal 2017-2021 akan berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya Sabtu ini. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous