Polis Terima Dua Laporan Dari Dua Anggota Lain, Alami Kecederaan Hampir Sama Dengan 2 Anggota TLDM Meninggal

Polis Terima Dua Laporan Dari Dua Anggota Lain, Alami Kecederaan Hampir Sama Dengan 2 Anggota TLDM Meninggal

Polis Terima Dua Laporan Dari Dua Anggota Lain, Alami Kecederaan Hampir Sama Dengan 2 Anggota TLDM Meninggal – IPOH – Polis Perak mengesahkan mengenai dua laporan yang diterima daripada dua anggota TLDM yang mengalami kecederaan hampir sama dengan dua anggotta yang meninggal semasa menjalani latihan empat hari lalu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berikutan laporan itu, dua suspek yang masing-msing berusia 29 dan 37 tahun itu juga merupakan anggota Polis Tentera Laut ditahan semalam dan direman hari ini di Mahkamah Seri Manjung bagi siasatan lanjut.

Polis Terima Dua Laporan Dari Dua Anggota Lain, Alami Kecederaan Hampir Sama Dengan 2 Anggota TLDM Meninggal

Jelasnya, laporan yang dibuat oleh dua anggota berpangkat laskar itu membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 325 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis juga sedang berusaha mendapatkan rakaman percakapan mangsa selain melakukan siasatan forensik terhadap kamera litar tertutup (CCTV) hari ini.

“Pasukan dari Bukit Aman juga turut sama membantu menjalankan siasatan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak,” ujarnya.

Datuk Hasnan yang ditemui pada majlis sambutan Hari Pahlawan peringat negeri Perak berkata, setakat ini, seramai lima suspek telah ditahan dan penyiasatan akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi suspek yang terlibat dalam insiden itu.

Ujar Datuk Hasnan lagi, polis akan menjalankan siasatan teliti dan rapi hingga mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan siapa terlibat.

Sumber: Siakapkeli

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih