PM Najib Tanya “Siapa Kata UMNO Rasis?”

PM Najib Tanya “Siapa Kata UMNO Rasis?”

Muar – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa UMNO bukan parti yang rasis, sebaliknya sentiasa memperjuangkan semua kepentingan kaum di negara ini.

Katanya, sejak dulu lagi UMNO menjalankan konsep berkongsi kuasa dengan semua kaum. “Siapa kata UMNO rasis. UMNO tak rasis. UMNO tak pernah main isu perkauman.

“Hari ini saya terbaca dalam blog kata supaya berhenti main isu rasis. Kita tidak pernah main isu rasis,” katanya. Beliau berkata demikian berucap merasmikan Bangunan UMNO Bahagian Muar, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.

Bangunan UMNO Bahagian Muar itu dinaiktaraf mulai Februari tahun lalu itu dengan kos RM7 juta dan turut menempatkan Pejabat Barisan Nasional (BN) Muar, Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, bilik perdana, auditorium, surau, ruang pejabat dan kafeteria, lapor BH Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih