“Pilih Pembangkang Bererti Pilih DAP!! Bererti Perdana Menteri Adalah Lim Kit Siang..” – Kata Shahrizat Jalil

“Pilih Pembangkang Bererti Pilih DAP!! Bererti Perdana Menteri Adalah Lim Kit Siang..” – Kata Shahrizat Jalil – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mahukah negara dipimpin oleh parti pembangkang? ‘tepuk dada tanya selera’. “Jika rakyat memilih pembangkang ia bererti memilih DAP. Bermakna yang akan menjadi Perdana Menteri adalah Lim Kit Siang.

“Seperti kita ketahui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang terbaik. Jadi, mahukah kita memilih parti lain selain BN?,” katanya.

“Pilih Pembangkang Bererti Pilih DAP!! Bererti Perdana Menteri Adalah Lim Kit Siang..” – Kata Shahrizat Jalil

Beliau berkata demikian selepas hadir mendengar ucapan perasmian Presiden UMNO, Najib di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ditanya mengenai persediaan Wanita UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti, Shahrizat berkata, jentera wanita telah bersiap sedia empat tahun lalu lagi.

“Seperti yang diucapkan Presiden UMNO tadi, beliau telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada wanita sebagai jentera untuk PRU-14.

“Kekuatan wanita adalah kita sentiasa di sisi rakyat jadi kita yakin mampu membantu kemenangan BN nanti,” ujarnya.

sumber: www.malaysianbaru.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih