Pesawat Indonesia Yang Membawa 54 Penumpang Terputus Hubungan

Pesawat Indonesia Yang Membawa 54 Penumpang Terputus Hubungan

Jakarta – Sebuah pesawat domestik Indonesia yang membawa 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua.

Memetik laporan Reuters, Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo memaklumkan pihak berkuasa telah terputus hubungan dengan pesawat berkenaan.

“Terputus hubungan dengan kapal terbang,” kata ketua BASARNAS Bambang Soelystyo kepada Reuters melalui telefon.

Memetik akaun Twitter rasmi BASARNAS, pesawat tersebut merupakan pesawat milik Trigana Air yang membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima krew.

Memetik portal berita Detik.com, kali terakhir pesawat itu menghubungi menara ATC Sentani pukul 2.55 petang waktu tempatan.

Pesawat itu berlepas dari Jayapura pukul 2.22 petang dan sepatutnya tiba di Oksibil pukul 3.04 petang waktu tempatan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih