Tips Sempurnakan Persiapan Perkahwinan Dengan Bajet Rendah

Tips Sempurnakan Persiapan Perkahwinan Dengan Bajet Rendah – Merancang terlebih dahulu bajet perkahwinan adalah perkara yang amat penting bagi memastikan perbelanjaan lebih terkawal. Perlu diingat majlis yang bakal dilaksanakan mengikut kemampuan  individu itu sendiri. Entri kali ini berkongsikan panduan merancang bajet majlis perkahwinan yang lebih sempurna.

Tips Sempurnakan Persiapan Perkahwinan Dengan Bajet Rendah hantaran perkahwinan, hantaran kahwin, gubahan hantaran,

Tips Sempurnakan Persiapan Perkahwinan Dengan Bajet Rendah

1. MENGADAKAN MAJLIS DI LUAR MUSIM

Rata-rata bakal mempelai memilih musim cuti sekolah untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tahukah anda pada waktu ini harga barangan  dan perkhidmatan berkaitan  perkahwinan melambung tinggi disebabkan permintaan yang tinggi. Sebaiknya, pilihlah bulan yang bukan  musim cuti. Harga pastinya jauh lebih murah.

2. SENARAI TETAMU

Untuk memastikan bajet perkahwinan terkawal, anda perlu mengambil berat tentang tetamu yang bakal hadir. Ini penting kerana anda boleh mengira bajet yang keluar untuk kos makanan dan cenderahati. Senaraikan tetamu yang akan hadir bagi memudahkan pengiraan dari segi makanan dan sebagainya.

Tips Sempurnakan Persiapan Perkahwinan Dengan Bajet Rendah

Tips Sempurnakan Persiapan Perkahwinan Dengan Bajet Rendah

3. JAHIT SENDIRI SULAMAN MANIK

Sekiranya anda ingin menempah sendiri busana perkahwinan anda, untuk menjimatkan kos, anda boleh menjahit sendiri sulaman manik atau labuci busana pengantin anda. Beli fabrik sendiri dan  tempeh pakaian asas sahaja. Jahit sendiri  manik atau labuci kerana inilah yang membuatkan  pakian pengantin mahal.

4. LOKASI MAJLIS

Sekiranya ruang rumah anda terhad untuk mengadakan majlis, dewan adalah pilihan terbaik. Kebiasaanya, dewan mempunyai kelengkapan fasiliti untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bandingkan dahulu harga sesuatu dewan dengan harga dewan lain agar anda mendapat pilihan yang terbaik.

Tips Sempurnakan Persiapan Perkahwinan Dengan Bajet Rendah

5. MAKANAN DAN KATERING

Sebelum memilih katerer buat majlis anda, anda dinasihatkan membuat survey terlebih dahulu dan membandingkan harga sebelum membuat keputusan. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu sehingga ingin menempah menu yang terlalu banyak. Cukup sekadar mempunya menu utama, minuman dan pencuci mulut. – penmerahpress

 

Tags: hantaran perkahwinan, hantaran kahwin, gubahan hantaran, hantaran perkahwinan, hantaran kahwin, gubahan hantaran, hantaran perkahwinan, hantaran kahwin, gubahan hantaran,

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih