Permohonan Skim Bantuan Perkahwinan Selangor

Permohonan Skim Bantuan Perkahwinan Selangor – Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)Bagi meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor: Hasil Negeri untuk Rakyat, mulai dari Januari 2013, disediakan program khusus untuk belia yang berkahwin. Pada permulaan insentifnya RM200 sahaja kemudian akan dinaikkan menjadi RM500 pada 2014.

bantuan perkahwinan selangor

Syarat Memperoleh Insentif.

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Tiada sebarang had pendapatan.
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman).
  • Sijil berhenti sekolah rendah / menengah bagi Pemohon yang bermastautin. (WAJIB)
  • Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.
  • Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
  • Perkahwinan kali pertama sahaja.
  • Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran. Skim Bantuan Perkahwinan Selangor
  • Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada tahun SEMASA.
  • Sah laku permohonan dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi pasangan Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi pasangan bukan Islam).
  • Dokumen Sokongan perlu dihantar dalam tempoh dua (2) minggu dari Tarikh Pendaftaran Online (Dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh nikah / daftar perkahwinan).
  • PERMOHONAN HANYA SEKALI SAHAJA, SEBARANG RAYUAN TIDAK DILAYAN.
  • Permohonan secara borang manual (bertulis) atau permohonan yang tidak didaftarkan secara atas talian (online) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh nikah/tarikh pendaftaran perkahwinan tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak. Skim Bantuan Perkahwinan Selangor
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan bersama dokumen sokongan yang dikehendaki tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.

Permohonan Skim Bantuan Perkahwinan Selangor

Dokumen Diperlukan.

Setiap permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon. (WAJIB)
  • Sijil Nikah bagi pemohon beragama Islam ATAU Sijil Pendaftaran Perkahwinan bagi pemohon bukan Islam. (WAJIB)
  • Salinan muka hadapan buku simpanan akaun Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. (WAJIB)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah rendah dan menengah di dalam Negeri Selangor. (WAJIB)

Hubungi Kami

YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam Selangor
HOTLINE: 03 54818800
WAKTU OPERASI: 8.30 Pagi Hingga 5.30 Petang

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!