Permohonan Pinjaman PTPTN 2017 Online

Permohonan Pinjaman PTPTN 2017 Online diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. Ianya selaras dengan Seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) iaitu Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di bawah:

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
  • Akta Institut Teknologi MARA 1976;
  • Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;
  • Politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996; dan
  • Mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi. Permohonan Pinjaman PTPTN 2017 Online

pinjaman ptptn

Syarat-syarat untuk permohonan pinjaman PTPTN 2017 (FAQ)

Soalan 1 :
Bagaimanakah caranya untuk saya memaklumkan mengenai perubahan alamat dan butiran diri saya?

Jawapan :
Pengemaskinian maklumat butiran diri boleh dibuat melalui pengisian Borang Perubahan Maklumat yang boleh didapati di kaunter PTPTN/ Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing/ Portal Rasmi PTPTN atau menulis surat rasmi ke PTPTN 2017.

Soalan 2 :
Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan salinan dokumen perjanjian?

Jawapan :
Anda perlu mengisi Borang Permohonan Semula Salinan Dokumen Perjanjian Pembiayaan PTPTN di Portal Rasmi PTPTN serta mengepilkan bersama wang pos atau bank draf bernilai RM90.00 dan hantarkan kepada PTPTN. Pihak PTPTN mengambil masa 7 hari bekerja untuk memproses permohonan tersebut dan mengemukakan semula kepada pelajar menerusi POS LAJU.

Soalan 3 :
Bagaimanakah cara untuk saya menuntut salinan dokumen perjanjian. Saya belum lagi menerima salinan dokumen perjanjian. Berkemungkinan surat saya dikembalikan ke pejabat PTPTN kerana saya telah berpindah?

Jawapan :
Anda perlu mengemukakan Borang Permohonan Dokumen Perjanjian Pembiayaan (Asal) Yang Tidak Dituntut yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN bersama-sama sampul Pos Ekspres bersaiz A4 dengan menulis nama dan alamat sendiri serta poskan ke PTPTN.

Permohonan Pinjaman PTPTN 2017 Online

Soalan 4 :
Sekiranya saya tidak dapat menuntut salinan dokumen perjanjian di PTPTN, bolehkah saya mewakilkan orang lain untuk menuntut dokumen tersebut?

Jawapan :
PTPTN membenarkan ibu bapa atau adik-beradik untuk menuntut dokumen tersebut bagi pihak anda. Sekiranya wakil selain daripada tersebut di atas, anda mestilah menulis surat rasmi dengan menyatakan nama dan no. kad pengenalan wakil atau mengisi Borang Permohonan Dokumen Perjanjian Pembiayaan (Asal) Yang Tidak Dituntut di Portal Rasmi PTPTN dan tandatangan anda pada borang tersebut mestilah sama dengan tandatangan dokumen perjanjian semasa anda memohon dahulu.

Soalan 5 :
Sebelum saya menandatangani dokumen tawaran, saya dapati terdapat perbezaan maklumat pengajian yang saya ikuti pada surat tawaran pembiayaan pendidikan. Bolehkah saya meminda surat tawaran tersebut?

Jawapan :
Tidak boleh. Anda perlu menolak tawaran berkenaan dan mengemukakan semula permohonan baru. – Sumber:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

One Response