Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 2017-2018

Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 2017/ 2018. Melalui pelaksanaan Sistem Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu, KPM operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian (online).

kemasukan murid tahun 1

PENGENALAN SISTEM

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu  melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut. Pihak  sekolah perlu menyemak dan mengesahkan permohonan tersebut berdasarkan semakan ke atas beberapa dokumen asal yang perlu dikemukakan.

Jawatankuasa Penempatan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bersidang bagi melaksanakan penempatan murid dan keputusan penempatan tersebut boleh disemak oleh sekolah dan ibu bapa atau penjaga secara online. Sekiranya terdapat keperluan rayuan penempatan, sistem ini juga menyediakan kemudahan rayuan dan menyediakan jawapan terhadap rayuan mengikut mengikut jadual dan peringkat proses yang berkaitan. Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 2017/2018

Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 2017/ 2018

Keperluan sistem ini ialah untuk:-

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan penempatan murid di  sekolah dan JPWP Putrajaya.
  • Menjimatkan masa pengurusan penempatan murid.
  • Mengurangkan kos seperti penggunaan  kertas, sampul surat, setem, dakwat pencetak dan lain-lain yang berkaitan.
  • Mengelakkan kebajiran pelanggan ke JPWP Putrajaya untuk membuat rayuan dan menyemak keputusan penempatan.
  • Memudahkan carian dan semakan status permohonan penempatan, carian rekod murid dan rumusan penempatan di peringkat sekolah dan Jabatan. Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 2017/2018

MODUL DALAM APLIKASI

NAMA MODUL

KETERANGAN RINGKAS

CATATAN

Permohonan Murid Membolehkan permohonan dibuat secara on-line oleh ibu/bapa penjaga dan sekolah

  • Pemohon dikehendaki mencetak maklumat permohonan serta senarai semak dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan

Penjaga boleh membuat semakan status  permohonan secara online.

Ibu/bapa Penjaga
Sekolah Rendah
Pengesahan Permohonan
  • Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan di sekolah yang dipohon dengan membawa dokumen sokongan berkaitan  seperti terkandung dalam senarai semakan.
  • Sekolah akan menyemak dokumen dan membuat perakuan permohonan pendaftaran
  • Cetakan dokumen Perakuan Permohonan Pendaftaran Tahun 1 untuk salinan penjaga dan salinan sekolah.
  • Proses perakuan permohonan Sesi Persekolahan 2012 perlu diselesaikan sehingga 30 April 2011 oleh pihak sekolah.

Mencetak Analisis – Analisis permohonan pendaftaran murid- yang telah disahkan oleh pihak sekolah di hantar ke JPN Putrajaya
Sistem akan mengesan permohonan yang tidak disahkan oleh sekolah

Ibu/bapa Penjaga

Sekolah Rendah

Penempatan Sistem akan mencadangkan cadangan penempatan berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:-

  • Cadangan Sekolah
  • Jarak rumah pemohon ke sekolah
  • Kehadiran abang/kakak di sekolah tersebut

Jawatan kuasa penempatan murid JPN Putrajaya akan memutuskan mengesahkan penempatan murid.
Memaklumkan kepada sekolah keputusan dan senarai penempatan
Ibu bapa / penjaga dan pihak sekolah membuat semakan keputusan penempatan .
Ibu bapa / penajaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah pada 1 – 30 Ogos.
Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga ke dalam sistem

PPD/
Sekolah Rendah 

Sekolah Rendah/
Sekolah Menengah

 

 

 

Rayuan Penempatan Pemohon yang gagal ditempatkan di sekolah yang dipohon boleh membuat rayuan secara online

  • Sistem secara akan membuka akses untuk permohonan rayuan
  • Rayuan perlu di pohon pada jangkamasa yang ditetapkan.
  • Perayu dikehendaki mencetak maklumat permohonan serta senarai semak dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan rayuan.
  • Pengesahan rayuan dibuat di sekolah yang ditempatkan

Pengesahan Rayuan

  • Guru Besar Sekolah yang ditempatkan perlu memanjangkan permohonan  rayuan melalui online
  • Sekolah mengeluarkan perakuan permohonan rayuan penempatan.

Sistem akan mengesan permohonan rayuan

Penempatan Rayuan Jawatankuasa Rayuan Penempatan di PPD/ JPN akan membuat keputusan terhadap rayuan tersebut.
Sistem akan mengesan permohonan rayuan yang tidak diberi keputusan.
Memaklumkan kepada sekolah keputusan rayuan dan senarai penempatan murid rayuan.  Keputusan rayuan juga boleh disemak oleh ibu bapa / penjaga.
Ibu bapa /penjaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah selepas keputusan rayuan diterima.
Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga kedalam sistem
PPD/JPN
Pengesahan Pendaftaran Sekolah mengesahkan murid yang melapor diri mulai hari pertama persekolahan
Sistem akan mengesan murid yang tidak melapor diri dan menyenaraikan sebagai Murid  Tercicir selepas 14 hari persekolahan.
Sekolah perlu melaksanakan tindak susul terhadap Murid Cicir berasaskan panduan SPI Bil.14/2002.

Terakhir dikemaskini (Khamis, 13 Oktober 2016 00:57)

Sumber

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 171 times, 7 visits today)

Leave a Reply