Permohonan IKBN 2017 Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan

Permohonan IKBN 2017 Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan – Individu warganegara Malaysia yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam bidang kemahiran merangkumi sektor perindustrian yang terdapat dalam negara adalah diperlawa membuat permohonan kemasukan bagi mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan di Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) ambilan Januari 2017.

Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Konsep latihan di ILKBS adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

PERMOHONAN IKBN 2017 ONLINE INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) atau IKBN boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi yang akan dibuka kepada capaian pemohon.

Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan, tarikh dibuka dan syarat umum kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) untuk pengambilan bulan Januari tahun 2017 Tarikh Permohonan Online Kemasukan ILKBS (IKBN) 2017.

permohonan ikbn 2017

Dibuka 29 September 2016 Ditutup 4 November 2016

Syarat Umum Kelayakan Permohonan IKBN 2017

  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin (bujang) Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon

Peringkat Program

  • Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 hingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Diploma MQA

Bidang-bidang utama yang ditawarkan di IKBN adalah seperti berikut

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Sukan

Perkara Butiran Tarikh Rasmi Permohonan IKBN 2017 Ambilan Januari (Sistem Aplikasi Dibuka Dan Ditutup)

Dibuka29 September 2016 (Khamis)

Ditutup4 November 2016 (Jumaat)

Laman Web Sistem Aplikasi Permohonan ILKBS (IKBN) 2017 Secara Online

Sila Klik Sistem Aplikasi Permohonnan Online Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS)

Sistem aplikasi hanya diaktifkan bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan

Panduan Ringkas Permohonan

Untuk kelancaran mengakses Sistem Aplikasi Permohonan sila gunakan pelayar internet Mozilla Firefox

Maklumat Penting Sila Klik Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut

Bantuan Dan Keterangan Lanjut

Hubungi Talian03-88713651 / 3652 / 3653 / 3646 / 3685

Pautan

Permohonan hanya boleh dibuat secara ‘On-Line’ sahaja Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi permohonan ‘On-Line’ di laman web dengan keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir dari IKBN

Keputusan permohonan ke ILKBS boleh disemak bermula pada 21 November 2016 Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di ILKBS Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya Sila klik Sistem Online IKBN untuk mendapatkan sebarang pengemaskinian maklumat terkini

Sumber: mysumber.com

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

No Responses