Permohonan BR1M 2018 Masih Kekal

Permohonan BR1M 2018 Masih Kekal – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terus dimanfaatkan kepada tujuh juta penerima dengan kadar maksimum sehingga RM1,200. Perkara tersebut disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 di Parlimen, hari ini.

Permohonan BR1M 2018 Masih Kekal

“Sejak diperkenalkan, BR1M diterima rakyat dengan senang hati, jelas sekali I merupakan bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang Ben-Gurion memerlukan. “Sehubungan itu, BR1M tahun ini memanfaatkan tujuh penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion,” katanya.

______________________________________________

Buat mereka yang kurang mengerti bagaimana untuk mendaftar BRIM 2018 dan penerima sedia ada yang ingin mengetahui cara-cara untuk kemaskini, disini kami tunjukkan kepada anda cara-cara untuk memohon dan kemaskini.

Permohonan baru dan pengemaskinian boleh dilakukan secara online ataupun manual.

Permohonan BRIM 2018

Sebelum mendaftar BRIM 2018, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan, iaitu:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
    Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4, 000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2, 000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BRIM 2018
  • Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BRIM 2018.

Borang permohonan BRIM 2018 boleh diperolehi secara percuma dengan:-

memuat turun di portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau http://www.treasury.gov.my; atau
semua cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil LHDN / Urban Transformation Centre (UTC) LHDN.

Borang yang lengkap mestilah dikemukakan bersama salinan dokumen, iaitu:-

MyKad pemohon
MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Passport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Sijil perceraian / Sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda.

Permohonan baru BRIM 2018 hanya akan dibuka mulai Disember 2017 SAHAJA. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, dapatkan Panduan Pengguna Permohonan Baru di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Kemaskini BRIM 2018

Pemohon boleh kemaskini maklumat dengan 2 cara, iaitu:-

2. Secara Online
– Layari portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my
– Klik menu kemaskini Permohonan
– Masukkan No. MyKad dan klik kemaskini Permohonan
– Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan maklumat anda.

1. Secara Manual
Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:-

Portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ (muat turun di menu Borang)
Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Penerangan.

Bagi Skim Khairat Kematian BRIM, permohonan kemaskini maklumat waris adalah bermula 3 April – 31 Mei 2017. Anda diingatkan supaya peka dengan setiap pengumuman mengenai BR1M. Sebarang masalah / pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih