Perginya Wanita Tertua – Al Fatihah

Perginya Wanita Tertua - Al Fatihah

Perginya Wanita Tertua – Al Fatihah – Rembau: Seorang wanita dikatakan tertua di Malaysia, Safiah Ujang yang berusia 128 tahun meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Seberang, Batu Hampar, di sini, semalam.

Safiah yang dilahirkan pada 11 Februari 1889 menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada jam 12 tengah hari.

Perginya Wanita Tertua – Al Fatihah

Cucunya, Mohammad Hafiz Abdul Ghani, 29, berkata, arwah neneknya sebelum ini menghidap sakit tua dan kanser usus.

“Kesihatan nenek semakin merosot sejak tiga minggu lalu.

“Nenek tidak boleh menelan makanan pejal dan hanya makan buah yang lembut seperti limau serta mangga selain minum susu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Chembong, di sini, selepas solat Asar.

Mohammad Hafiz berkata, neneknya tidak pernah menerima surat pengiktirafan sebagai wanita tertua di Malaysia, tetapi perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan yang berkunjung ke rumahnya beberapa bulan lalu.

Arwah meninggalkan seorang anak, Abdul Ghani Daud, 74, enam cucu serta 30 cicit.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih