Penyeluk Saku Secara Digital Tidak Benar – Bank Negara

Penyeluk Saku Secara Digital Tidak Benar – Bank Negara | Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkata laporan media mengenai pencopet elektronik ke atas individu yang memiliki kad tanpa sentuhan, adalah tidak benar. Dalam satu kenyataan, BNM berkata kad tanpa sentuhan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang menjadikannya instrumen pembayaran yang terjamin.

penyeluk saku secara digital

Penyeluk Saku Secara Digital Tidak Benar – Bank Negara

“Sejak 2005, semua kad pembayaran di Malaysia mengguna pakai teknologi kad cip Europay, Mastercard dan Visa (EMV) yang mencegahnya daripada diklon.

“Butiran seperti nombor kad dan tarikh luput yang boleh didapati pada pengimbas tidak mencukupi untuk kad berkenaan diklon, sama ada kad ‘jalur magnet’ atau kad cip EMV.

“Setakat ini belum ada laporan mengenai kes kad cip EMV diklon,” katanya.

Penyeluk Saku Secara Digital Tidak Benar – Bank Negara

Bank pusat berkata kad tanpa sentuhan dilengkapi cip EMV dengan ciri keselamatan kriptografi canggih, yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.

“Ini menjadikan kad tanpa sentuhan hampir mustahil untuk diklonkan atau dipalsukan,” kata bank pusat.

BNM berkata Malaysia juga mengguna pakai kaedah pengesahan ke atas transaksi kad dalam talian dengan pemegang kad diperlukan memasukkan kod pengesahan keselamatan (TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih atau peranti keselamatan mereka.

Ia berkata pemegang kad Malaysia dilindungi oleh perubahan liabiliti yang diperkanlakan oleh rangkaian kad antarabangsa.

“Sekiranya butiran kad disalah guna menggunakan laman web pedagang luar negara yang belum melaksanakan kaedah pengesahan yang lebih ketat, pedagang berkenaan akan menanggung liabiliti ke atas sebarang transaksi palsu.

“Pemegang kad perlu memaklumkan segera kepada bank pengeluar jika kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, nombor pengenalan peribadi terdedah atau terdapat urus niaga yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka,” katanya. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih