Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori

Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori | Chukai: Penunggang motosikal berusia 41 tahun maut selepas digilis lori dalam kejadian di hadapan pusat beli belah Kemaman Centre Point, di sini, 1 petang tadi.

Mangsa, Hamdan Salleh dikatakan dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kampung Bukit Kuang, dekat sini.

Lelaki itu yang menunggang motosikal cuba memotong lori sebelum kenderaannya itu bergesel hingga menyebabkannya terjatuh.

Lori berkenaan kemudiannya menggilis mangsa hingga menyebabkannya parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normanshah Din mengesahkan kejadian itu. lapor Harian Metro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih