Penjelasan Menteri r0g0l Dalam Perkahwinan Bukan Jenayah..

Penjelasan Menteri r0g0l Dalam Perkahwinan Bukan Jenayah..

Kuala Lumpur – Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Kanun Keseksaan bagi kesalahan r0g0l suami terhadap isteri atau marital r@pe, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Menurut beliau, persetubuhan oleh seorang suami terhadap isteri dalam ikatan perkahwinan yang sah tidak boleh dianggap sebagai r0g0l.

Katanya, berdasarkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan berkaitan r0g0l dalam perkahwinan, peruntukan undang-undang yang sedia masih kekal.

Menurutnya, dari penelitian yang dibuat semasa pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 pada 12 Julai 2006 lalu, kerajaan memutuskan untuk tidak meminda Kanun Keseksaan berkenaan.

“Berdasarkan kajian dan dapatan yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa PIlihan Khas tersebut, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan peruntukan yang berkaitan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan antara suami dan isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang dan masih berkuat kuasa tidak boleh dianggap sebagai rogol.

“Sehingga hari ini, belum ada cadangan untuk memindanya lagi,” kata Nancy menjaga portfolio undang-undang dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan dari Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan berniat untuk meminda Kanun Keseksaan untuk mengiktiraf kesalahan r0g0l suami terhadap isteri.

Bagaimanapun, menurut Nancy, perbuatan suami yang mendatangkan kecederaan kepada isterinya bagi tujuan mengadakan hubungan sek$ dengan isterinya telah dijadikan satu kesalahan.

Jelas beliau, kesalahan itu tertakluk di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa mulai 7 September 2007 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun jika disabitkan kesalahan, lapor Astro Awani.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!