PENIK !! Pesawat Mendarat Cemas Gara-gara Kambing

PENIK !! Pesawat Mendarat Cemas Gara-gara Kambing

Singapura – Sebuah pesawat kargo milik Singapore Airlines, terpaksa membuat pendaratan cemas gara-gara gas yang terhasil daripada kentut dan najis 2,186 ekor kambing biri-biri mengaktifkan penggera kebakaran.

Menurut laporan Aviation Herald, kejadian itu berlaku pada 26 Oktober lalu apabila pesawat Boieng 747-400 yang dalam penerbangan dari Adelaide, Australia ke Kuala Lumpur, terpaksa dialihkan ke Bali, Denpasar untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Jelas laporan tersebut, sejurus sahaja mendarat, pasukan kecemasan melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada kebakaran, peningkatan suhu atau asap dikesan.

“Siasatan lanjut mendapati penggera kebakaran terpasang disebabkan bau gas kentut dan najis yang dilepaskan oleh biri-biri.

“Penerbangan SQ-7108 berlepas semula selepas berhenti selama dua jam setengah di Indonesia dan tiba lewat selama dua jam di destinasinya,” tambah laporan berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan nasib kesemua biri-biri berkenaan apabila tiba di Malaysia.

Insiden itu berlaku kira-kira dua bulan selepas sebuah lagi pesawat Singapore Airlines yang membawa 225 penumpang dan kru melakukan pendaratan kecemasan selepas berlanggar dengan sekawan burung.

Akibat pelanggaran tersebut, muncung pesawat Boeing 777-200 itu mengalami kerosakan teruk yang menjejaskan sistem radar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih