Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Dukacita

Powered by WP Review

KEPUTUSAN kerajaan untuk mengumumkan harga siling minyak setiap minggu bermula April depan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pengusaha stesen minyakdi negara ini. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen MinyakMalaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima reaksi daripada ahli-ahli persatuan yang rata-ratanya dukacita dengan langkah terbaru daripada kerajaan itu.

minyak harga minyak dunia, harga minyak, harga minyak mentah dunia, harga minyak mentah, minyak bumi, harga bbm terbaru,

Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Dukacita

“Buat masa ini, saya tidak boleh memberikan komen yang banyak kerana masih belum begitu jelas dengan langkah terbaru dibuat oleh kerajaan ini.

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana penetapan harga dibuat. Adakah harga minyak ini sama di semua stesen, ataupun ditentukan oleh pengusaha sendiri? Buat masa ini, pihak persatuan tidak mendapat sebarang maklumat jelas,” kata beliau kepada Sin Chew Jit Poh.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga siling bahan api akan diumum setiap minggu]

Menurutnya, beliau akan memberikan butiran lanjut selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sabtu lalu, Hamzah berkata, penetapan harga siling minyak akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu, berbanding sekarang harganya diumumkan sekali dalam sebulan.

Beliau berkata, ia membolehkan pengguna mengetahui harga terkini bagi mengelakkan kekeliruan. – Sinar Harian

Tags: harga minyak dunia 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih