Pengabungan Mahathir – Ambiga, Mungkinkah Akan Berlaku?

Pengabungan Mahathir – Ambiga, Mungkinkah Akan Berlaku?

Siapa yang tidak mengenali Datuk S. Ambiga, pengerusi NGO BERSIH yang bertanggungjawab menganjurkan siri himpunan BERSIH di sekitar Kuala Lumpur sepanjang penggal ini. Beliau yang juga bekas Presiden Majlis Peguam juga dilihat begitu aktif dalam memperjuangkan hak kebebasan rakyat menerusi SUHAKAM dan Human Right’s.

Namun kelmarin, Ambiga secara terbuka menzahirkan keinginannya untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahahtir Mohamed dalam meneruskan perjuangannya dalam menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Persoalannya, mungkinkah pengabungan ini akan berlaku? Jika dilihat sekali imbas, perkara ini tidak mungkin akan berlaku. Namun jika diteliti, menerusi kesediaan Ambiga bekerjasama dengan Tun M dalam menyelaraskan serangan yang dilakukan, ianya tidak mustahil.

Ambiga seperti yang sedia maklum sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Marina Mahathir dalam memperjuangkan hak kebebasan rakyat. Menerusi hubungan yang rapat ini, tidak mustahil kerjasama ini mungkin berlaku. Malah kehadiran Tun M ke himpunan BERSIH 4 pada penghujung bulan Ogos lalu, seolah-olah memberi pengiktirafan terhadap himpunan berkenaan.

Jesteru bukan perkara mustahil andai perkara ini menjadi realiti. Secara ironinya, Tun M pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan sesekali meninggalkan UMNO, parti yang diperjuangkannya selama ini. Namun menerusi tindak tanduknya dan “pembelaan” yang diperolehi beliau dari barisan peguam yang mewakili Pakatan Harapan, apakah masih relevan Tun M kekal didalam UMNO?

images (15)

Mungkin beliau terlupa bahawa beliau antara individu yang paling keras terhadap musuh politiknya samada dari dalam mahupun diluar parti. Bukan tiada individu yang pernah dipecat beliau sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri hanya semata-mata malawan beliau.

Namun kini, demi mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatannya selaku Perdana Menteri, beliau sanggup untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan kemungkinan kerjasama beliau dengan Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga bukanlah perkara yang mengejutkan dan terlalu luar biasa.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!