PENDEDAHAN !! Susulan Tragedi Berdarah Di Mina..

PENDEDAHAN !! Susulan Tragedi Berdarah Di Mina..

Makkah: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan berkata tragedi rempuhan yang mengorbankan 717 jemaah haji di Mina petang semalam, berlaku berikutan pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan.
Jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata, cuaca panas serta keterujaan jemaah juga menyumbang kepada bencana itu yang dianggap paling buruk dalam sejarah 20 tahun musim haji.
Menurutnya, tiada petunjuk pihak berkuasa haji Arab Saudi patut dipersalahkan dalam kejadian malang itu.

Menurutnya, Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman sudah mengarahkan siasatan menyeluruh kejadian berkenaan.

Sementara itu, dua jemaah yang terselamat dalam kejadian itu juga berkata, tragedi berlaku akibat pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan.

Jemaah dari Mesir, Abdullah Lotfy, 44, berkata dia nampak seorang jemaah jatuh ke atas jemaah berkerusi roda dan beberapa lagi jemaah jatuh ke atas mereka.

“Mereka yang jatuh kemudian saling memanjat atas jemaah lain untuk keluar dari bawah timbunan manusia dan pada masa sama, semakin ramai yang jatuh,” katanya.

Menurutnya, pertembungan itu tidak sepatutnya berlaku dan mendakwa pihak Arab Saudi tidak melakukan persiapan. – AP

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih