PENDEDAHAN !! “Saya ‘Diboo’ Orang Luar” Kata Ahmad Maslan

PENDEDAHAN !! “Saya ‘Diboo’ Orang Luar” Kata Ahmad Maslan

Petaling – Susulan insiden diejek ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pontian pada Ahad lalu, Datuk Ahmad Maslan mendakwa ia dilakukan ‘orang luar’ kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Penerangan Umno itu, beliau menyedari diejek dengan sorakan ‘boo’ ketika Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan.

“Ketika berucap, Tan Sri Muhyiddin sebut tahniah kepada saya sebab dilantik jadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau betulkan kepada timbalan menteri.

“Pada ketika itu terdengar sorakan hadirin dan ada orang yang ‘boo’ saya. Maklum balas yang saya terima bahawa ‘boo’ itu dimulakan oleh dua orang hadirin dari luar Pontian yang bukan perwakilan,” katanya menerusi posting terbaharu di blogwww.ahmadmaslan.my pada Rabu.

Mengulas lanjut Ahmad berkata insiden ‘boo’ berkenaan bukan kayu ukur terhadap penolakan terhadapnya oleh perwakilan Umno Bahagian Pontian.

“Perlu juga dikongsi di sini bahawa lepas perasmian itu ada pengundian untuk tujuh perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno. Setiausaha sulit dan pegawai khas saya yang turut bertanding menang dengan mendapat undi ke-2 dan ke-3 tertinggi daripada 15 calon yg bertanding.

“Jika perwakilan Pontian tidak suka saya, logiknya dua orang pembantu saya itu juga telah ditolak oleh perwakilan,” katanya, lapor mStar Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih