Pemuda Ini Hilang 1 Jari Ketika Menjadi Aktivis Banjir Kelantan. Sangat Menyedihkan Lagi Apabila Beliau Sekarang…

Pemuda Ini Hilang 1 Jari Ketika Menjadi Aktivis Banjir Kelantan. Sangat Menyedihkan Lagi Apabila Beliau Sekarang…

Apa khabar wira kita? Muhd Khusyairi

Kemanusiaan zaman ini adalah bermusim. Kita cuma akan menjadi manusia bila sesuatu isu viral.

Waktu Rohingya diserang kitalah pembela utama, cukup 2 hari kita pakai topeng lain pula mengikut peredaran isu.

Kerana itu kita mudah jemu nak peduli isu basi. MH370, MH17, skandal Tabung Haji, pemulihan pasca banjir semua itu membosankan. Kita cuma akan berlakon menjadi hero pada ketika kes tu sedang hangat. Mungkin takut ketinggalan atau mungkin juga nak jadi jaguh.

Beberapa hari lalu ambo terdetik untuk bertanya khabar sahabat karib ambo. Aktivis mahasiswa yang viral pada musim Bah Kuning melanda Kelantan.

Lupakah kita pada Nokman? Aktivis mahasiswa yang berhempas pulas sejak gelombang pertama melanda Rantau Panjang? Dia juga terus membanting tulang membantu projek pemulihan Gua Musang dan Kuala Krai? Sehingga Allah memuliakan dan meninggikan darjat Nokman dalam perjalanan pulang dari operasi di Temangan, Machang dengan ujian pengorbanan apabila jari tengahnya putus saat sedang mengambil Al Quran dari lori agihan bantuan.

Berita ini sangat menggemparkan ketika itu. Keesokannya wad Hospital Kuala Krai yang menempatkan Nokman penuh pada waktu melawat dikunjungi sahabat-sahabat aktivis. Lagi terkesan bila Nokman sangat kuat dengan berulang kali mengeluarkan kata-kata positif bila para aktivis datang berkunjung sehingga memotivasikan kami.

Pimpinan politik juga hadir melawat menyatakan simpati. Antaranya tokoh kesayangan Nokman, Datuk Husam Musa hadir beberapa hari selepas kejadian menyampaikan sumbangan bagi pihak GIK dan sempat berselfie sebagai kenang-kenangan untuk Nokman.

Beberapa minggu berlalu Nokman diraikan dengan diangkat sebagai penerima anugerah Tokoh Banjir dari Kerajaan Negeri Kelantan dalam sebuah majlis gilang gemilang di Kuala Krai.

Namun setelah musim demi musim berlalu khabar berita dari beliau terus hilang. Tak siapa melainkan rakan terdekat sahaja yang fahami perit getir beliau dalam meneruskan kembara sebagai khalifah di bumi Allah.

Nokman jenis tak suka bebankan sesiapa termasuk berkongsi masalah khuatir dianggap menyusahkan. Maka ambo terpaksa korek-korek cerita sampai dapat.

Remuk hati ambo bila dapat tahu setelah didesak berkali-kali barulah Nokman buka cerita bahawa untuk kehilangan kekal jarinya itu beliau hanya layak mendapat pampasan insuran sekitar RM 1200 lebih sahaja.

Lebih ambo terkilan bila pointer Nokman dalan final exam semester jatuh merudum sehingga pinjaman PTPTN beliau disekat untuk semester baru. Bermakna dia terpaksa membayar sendiri yuran semester sekarang.

Kenapa pointer merudum? Bukankah dia jenis positif orangnya? Nokman juga manusia. Ada hati dan perasaan. Betapa hari demi hari dihimpit malu untuk bersalaman adalah sebuah ujian emosi yang sangat dahsyat. Pernah ambo diberitahu dia meraung dalam bilik air apabila melihat cermin, melihat dirinya yang baru. Bukan dia menolak takdir namun proses penyesuaian diri itu tidak mudah.

Salah satu sebab pointer dia jatuh ialah bila dia gagal subjek elektif kegemarannya iaitu Seni Khat (kaligrafi). Ketiadaan jari pada tangan yang digunakan untuk menulis menyebabkan dia tak mampu untuk menulis khat lagi. Jika boleh pun hasilnya masing-masing boleh bayangkan bagaimana.

Susah ambo nak tahan airmata dengar kisah ini. Ambo merayu berkali-kali pada Nokman supaya izinkan ambo hebahkan isu ini. Tujuannya mungkin asbab penulisan berkenaan beliau dibaca ada hati-hati manusia yang akan tersentuh dan sudi membantu setakat termampu.

Selain sokongan moral, ambo nak mintak kita pakat tolong hargai wira ini dengan pakat-pakat bantu sikit seorang menghulurkan derma bagi meringankan beban Nokman membayar yuran pengajiannya.

Tak perlu banyak pun. Kalau seorang sudi berikan RM 10 maka kita perlukan lebih kurang 200 orang yang sudi membantu. Ajak dan kempen pada 5 orang terdekat untuk bantu membela nasib pejuang ini.

Kepada yang sudi bersama membantu boleh hubungi beliau di talian 014-5389845


Sumbangan boleh dibuat terus pada akaun beliau :


Bank Simpanan Nasional

0820041000114841

Muhammad Nokman Khusyairi Bin Gamal Abdul Nasir

‪#‎pakatShare‬

‪#‎WiraAktivis‬

SUMBER

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 53 times, 1 visits today)

Leave a Reply