Pemuda BN Sokong Tindakan SPRM Panggil Najib

Pemuda BN Sokong Tindakan SPRM Panggil Najib

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung penerimaan dana politik berjumlah RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.

jelasnya, jika cara berkenaan dapat menyakinkan rakyat, beliau perlu dipanggil untuk diambil keterangan.

“Pendirian kita adalah bahawa segala siasatan yang sedang berjalan dalam isu yang dibangkitkan tadi mestilah berterusan sehingga mendapat gambaran jelas dan hasil siasatan itu perlulah menyakinkan rakyat.

“Sekiranya perlu keterangan untuk memastikan SPRM menjalankan tugasnya tanpa rasa takut dan berpihak, maka keterangan Perdana Menteri harus diambil,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.

Jelas Khairy lagi, dalam isu yang membabitkan wang RM2.6 bilion ini, SPRM harus menjalankan tugasnya dengan telus, agar kewibawaan suruhanjaya bebas berkenaan diterima rakyat.

“Hari ini juga, saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang menyatakan sokongan terhadap SPRM. Dahulunya, mereka yang mengkritik SPRM, tetapi kini sebaliknya.

“Amat penting untuk SPRM mempunyai integriti dan tidak ada pihak yang boleh menyekat badan bebas itu,” tegasnya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih