Pemenang Puskas FIFA 2016 Terima Ganjaran

Pemenang Puskas FIFA 2016 Terima Ganjaran – KERAJAAN Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumum awal pagi tadi.

pemenang puskas fifa 2016

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, perbincangan akan diadakan terlebih dahulu sebelum memutuskan apakah bentuk sumbangan sebagai menghargai jasa pemain tengah itu setelah mengharumkan nama negeri dan negara.

Pemenang Puskas FIFA 2016 Terima Ganjaran

“Pencapaian Mohd Faiz Subri adalah sesuatu yang unik kerana beliau merupakan rakyat Malaysia pertama berdiri di pentas yang disaksikan seluruh dunia (dalam bidang bola sepak).

“Ingin saya tegaskan, kejayaan Mohd Faiz adalah kerana kerja kuat, dedikasi dan disiplin beliau sebagai seorang pemain bola sepak dan ia bukanlah kerana hanya nasib,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng berkata, kejayaan Mohd Faiz juga diharap dapat dijadikan suntikan semangat dan contoh kepada generasi muda untuk kuat berusaha dalam mencapai kejayaan dalam apa juga bidang.

Mohd Faiz dipilih sebagai antara tiga finalis anugerah berprestij itu yang berlangsung di Zurich, Switzerland, Isnin.

Jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu dilakukan Mohd Faiz, anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah, ketika membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.┬áPemenang Puskas FIFA 2016

Dua lagi calon bagi anugerah itu ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela. – Bernama

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!