Pemburu Temukan Musang Dalam Bongkah Ais

Pemburu Temukan Musang Dalam Bongkah Ais – Seorang lelaki di Jerman menemukan bangkai seekor musang yang terperangkap dan membeku di Sungai Da­nube, barat daya negara ini ketika musim sejuk melampau melanda. Bongkah ais yang memerangkap bangkai musang itu kemudiannya dipotong dan dipamerkan oleh seorang pemburu, Franz Stehle dalam usaha dia untuk mengingatkan orang ramai tentang bahaya ais sungai yang sejuk dan cepat membeku.

Pemburu Temukan Musang Dalam Bongkah Ais

Haiwan itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Fridingen sebelum lemas dan membeku dengan pantas.

Pemburu Temukan Musang Dalam Bongkah Ais

“Kami memotong bongkah ais dengan seekor musang berada di dalamnya pada 2 Januari lalu.

“Bongkah itu kemudiannya diletakkan pada halaman pondok berburu sebagai amaran,” kata Stehle.

Stehle berkata, bukannya satu perkara yang pelik bagi haiwan untuk terjatuh ke dalam sungai yang dipenuhi ais.

“Saya pernah menemukan rusa dan babi hutan beku sebanyak empat kali dalam tempoh 40 tahun lalu,” katanya.– DPA | Utusan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih