Pemandu Van Sekolah CUAI !! Menyebabkan KEMALANGAN!…

Pemandu Van Sekolah CUAI !! Menyebabkan KEMALANGAN!… 

JOHOR BAHRU – Kecuaian seorang pemandu van sekolah hampir meragut nyawa 11 murid dan lima sekeluarga apabila dia tidak berhenti di simpang tiga sehingga menyebabkan kemalangan di Taman JP Perdana, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 12.45 tengah hari di Jalan Persiaran Jaya Putra Satu itu mengakibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mount Austin itu mengalami kecederaan dengan dua daripada mereka yang berumur 10 dan 11 tahun dimasukkan ke wad Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Seorang pemandu kereta Pero­dua Alza yang juga anggota polis marin yang bertugas di Sarawak bersama empat ahli keluarganya turut mengalami cedera ringan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.Difahamkan wanita yang memandu van sekolah tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulai­man Salleh berkata, kemala­ngan dipercayai berlaku apabila pemandu itu tidak berhenti apabila sampai di simpang tiga berkenaan.

Katanya, pada masa sama sebuah Perodua Alza yang datang dari arah bertentang tiba di kawasan itu dan cuba mengelak tetapi tetap melanggar van sekolah berkenaan sehingga menyebabkannya berpusing.

“Semasa kejadian, van sekolah berkenaan dalam perjalanan menghala ke Seri Austin dipercayai ingin menghantar murid-murid tersebut pulang ke rumah masing-masing selepas tamat sesi persekolahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sulaiman berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih