Pemandu Lori Tangki Rentung, Lori MELETUP Terbakar

Pemandu Lori Tangki Rentung, Lori MELETUP Terbakar

Kuala Terengganu – Seorang pemandu lori tangki rentung apabila lorinya yang sarat dengan muatan minyak diesel, meletup dan terbakar di kilometer 315.2 Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.37 pagi itu, kenderaan dipandu Mohd Azhar Jusoh sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur apabila dipercayai terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, berikutan rempuhan itu, lori tangki berkenaan dikatakan meletup dan terbakar, manakala Mohd Azhar gagal menyelamatkan diri.

Katanya, tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Paka dan Kertih dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, lori tangki yang sarat dengan muatan minyak diesel itu terbakar sepenuhnya.

“Selepas api berjaya dipadamkan, seorang lelaki disyaki pemandu ditemui rentung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan, lapor BH Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih