Pemandu GrabCar Kesal Kadar Tambang Tidak Adil

Pemandu GrabCar melahirkan rasa kesal di atas tindakan syarikat yang mengenakan kadar tambang tidak masuk akal bagi setiap destinasi. Salah seorang pemanduGrabCar, Mohd Kamarul Faisal Kamarulzaman berkata, kadar tambang yang dikenakan telah menyebabkan pemanduGrabCar menanggung kerugian sekiranya mengambil dan menghantar penumpang.

pemandu grabcar

Kata Mohd Kamarul, sekiranya pemandu GrabCar menolak atau mengabaikan tugasan pengambilan dan penghantaran penumpang yang diarahkan, pihak syarikat akan bertindak membuat pemotongan dari hasil kerja mereka.

Pemandu GrabCar Kesal Kadar Tambang Tidak Adil

“Pihak syarikat akan membuat pemotongan sebanyak RM1 untuk setiap tugasan yang pemandu abaikan atau pemandu tolak. Sudahlah pihak syarikat ambil 20 peratus daripada setiap hasil tugasan, jika abaikan tugasan, mereka buat potongan lagi.

“Masalahnya, setiap tugasan dikenakan dengan tambang tidak masuk akal. Misalnya kami diminta menghantar penumpang daripada Genting Highlands ke Butterworth. Tambang yang dikenakan hanya RM110, kadar itu tidak cukup untuk menampung kos ke sana. Jika tidak ambil tugasan, kami akan rugi kerana syarikat buat pemotongan, jika ambil tugasan, kami rugi juga kerana tidak mampu menanggung kos perjalanan ke sana,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Kamarul lagi, masalah itu bermula sejak dua minggu lepas di mana pemandu GrabCar mula mendapat e-mel mengatakan syarikat mula membuat pemotongan daripada tugasan yang tidak dilaksanakan oleh pemandu.

Pemandu GrabCar Kesal Kadar Tambang Tidak Adil

“Dua minggu lepas, saya sendiri sudah ditolak sebanyak RM200 dan minggu lepas RM500 sudah ditolak daripada akaun saya. Saya tidak mahu berlaku peningkatan, sebab itu saya ambil keputusan untuk mengadakan sidang media berhubung perkara ini,” katanya lagi.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Kamarul berkata, ada pemandu yang sanggup tidur di dalam kereta dan tidak pulang ke rumah kerana tidak mahu terlepas tugasan yang diberikan oleh syarikat.

Pemandu GrabCar Kesal Kadar Tambang Tidak Adil

“Ada pemandu GrabCar yang menyewa kereta, ada yang membeli kereta baharu dan ada yang dibuang kerja, terpaksa menyara diri dan keluarga menerusi GrabCar, jika pemotongan terus menerus berlaku, bagaimana kami mahu bayar ansuran kereta dan sara keluarga?” soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak syarikat mengkaji semula kadar tambang yang dikenakan dan menghentikan kaedah pemotongan yang dilakukan ke atas pemandu GrabCar. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih