Pelumba Valtteri Bottas Sertai Mercedes – Williams

Pelumba Valtteri Bottas Sertai Mercedes – Williams | PELUMBA Finland, Valtteri Bottas bakal mengambil alih posisi Nico Rosberg di Mercedes musim ini. Williams mengesahkan pemindahan pelumbanya itu bagi mengisi kekosongan pasukan juara dunia selepas Rosberg mengambil keputusan bersara sebaik sahaja menjulang trofi kejuaraan musim lalu.

pelumba valtteri bottas

“Williams secara rasminya mengesahkan Felipe Massa bersetuju untuk kembali menyertai kami selepas bersara dengan kontrak setahun bagi menggantikan Valtteri Bottas yang dilepaskan untuk bersama Mercedes bagi musim 2017,” jelas William dalam satu kenyataan.

Namun belum ada kenyataan rasmi daripada Mercedes.

Pelumba Valtteri Bottas Sertai Mercedes – Williams

Bottas,27, bakal bergandingan dengan juara tiga kali dunia, Lewis Hamilton bersama Mercedes dan dijangka akan terus menjadi pasukan pilihan untuk berebut gelaran musim baharu ini.

Sepanjang empat musim bersama Williams, Bottas gagal meraih sebarang kejuaraan dunia, namun berjaya menaiki podium sebanyak sembilan kali.

Bottas menjadi harapan untuk meneruskan dominasi kejuaraan bersama Mercedes..

Pelumba Valtteri Bottas Sertai Mercedes - Williams

Pelumba Valtteri Bottas Sertai Mercedes – Williams

Sebagai rekod, Rosberg membuat keputusan mengejut untuk bersara daripada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas lima hari dinobatkan juara dunia pada perlumbaan pusingan akhir di Abu Dhabi Disember lalu.

Menurut Rosberg, dia tidak sanggup untuk mengulangi pengorbanannya ketika bersaing dengan rakan sepasukan, Hamiton dalam merebut gelaran pelumba terbaik dunia .

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih