Pelukis Kampung Boy Adalah Kelahiran Perak

Powered by WP Review
Pelukis Kampung Boy Adalah Kelahiran Perak

Pelukis Kampung Boy Adalah Kelahiran Perak – Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih popular dengan nama Lat, dilahirkan pada 5 Mac 1951. Bila sebut nama Lat, kami pasti semua orang tahu ia adalah nama watak utama dalam Kampung Boy. Datuk Mohammad Nor Khalid adalah seorang kartunis Malaysia yang telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah.

kampung boy

Pelukis Kampung Boy Adalah Kelahiran Perak

Karya Datuk Mohammad Nor Khalid yang paling terkenal ialah Kampung Boy sejak 1979 yang bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut popular di luar neraga dan serata dunia. Pada tahun 1994, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah mengurniakan gelaran Datuk kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.

Lat merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai bentuk muka bulat. Oleh sebab itu, nama timangan sebagai bulat telah diberi oleh keluarganya dan kawan-kawan telah memendekkan nama tersebut menjadi Lat. Lat merupakan anak sulung dalam keluarga dan gemar bermain di hutan, dusun dan lombong timah bersama dengan kawan-kawannya. Sewaktu berusia 9 tahun, Lat membantu menambah pendapatan keluarganya dengan memanfaatkan kemahiran melukis dengan menjual komik kepada rakan-rakannya. Pelukis Kampung Boy Adalah Kelahiran Perak

mamat khalid

Pelukis Kampung Boy Adalah Kelahiran Perak

Nama Lat itulah yang menjadi watak utama dalam siri Kampung Boy. Ada satu lagi menarik tentang keluarga Datuk Lat ini. Tahukah anda yang beliau adalah abang kepada seorang pengarah filem Malaysia yang amat terkenal bernama Mamat Khalid? Haa, makin bangga tak jadi warga Perak? Hebat betul kelahiran Perak. Terasa tempiasnya aura mereka berdua apabila tahu anak Perak sememangnya hebat-hebat belaka.

Sumber: orangperak.com

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses