PELIK !! Anak Babi Bermuka Monyet, Bermata Satu

PELIK !! Anak Babi Bermuka Monyet, Bermata Satu – SEORANG peladang terkejut apabila melihat anak babi yang baru dilahirkan kelihatan seperti monyet dan mempunyai hanya satu mata di tengah mukanya.

Anak Babi Bermuka Monyet

Haiwan itu dilahirkan di San Juan y Martinez, Cuba.

PELIK !! Anak Babi Bermuka Monyet, Bermata Satu

Babi berwarna coklat itu mempunyai wajah dan telinga seperti monyet, walaupun sembilan ‘adik-beradiknya’ yang lain dilahirkan dengan warna merah jambu seperti biasa.
Pemilik haiwan itu menghubungi doktor haiwan sebaik sahaja melihat kejadian aneh itu.

Penduduk-penduduk kampung juga datang untuk melihat sendiri wajah binatang tersebut.

Doktor telah mengambil sampel darah untuk menyiasat bagaimana anak babi itu dilahirkan dengan fizikal sedemikian.
Video dan gambar haiwan tersebut tular di internet.

Rakaman video menunjukkan isteri peladang berkenaan memegang kaki depan haiwan aneh itu dan membuatkan ia berdiri dengan kaki belakang, mirip seekor monyet.
Keadaan itu dipercayai berlaku disebabkan mutasi genetik. – dailymailUK

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih