Pelancong ‘Kaki B0gel’ Hina Menteri, Rakyat Sabah

Pelancong ‘Kaki B0gel’ Hina Menteri, Rakyat Sabah

SEORANG lelaki yang didakwa berb0gel di puncak Gunung Kinabalu telah memuatnaik status penghinaan terhadap penduduk Sabah dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun

Lelaki tersebut yang menggunakan nama Emil Kaminski di laman sosial Facebook berkata: “Masidi Manjun, anda adalah si *****, bukan Menteri Pelancongan,” tulisnya.

Dia juga bertindak memuatnaik beberapa foto b0gelnya di puncak gunung di beberapa lokasi di luar negara.

Dalam satu lagi perkongsian, Kaminski turut menghina rakyat Sabah.

“Saya tersekat di sini (Tawau) untuk beberapa hari sehingga isu pelancong b0gel ini reda.

“Nasib baik mereka di sini tiada internet,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut kemudian menjadi viral dan menarik perhatian beribu-ribu warganegara Malaysia untuk mengecamnya.

“Halang lelaki ini dari masuk Malaysia!,” kata Raj.

“Kemana kamu pergi, kamu perlu hormat. Tiada siapa halang kamu untuk pergi ke mana-mana atau panjat gunung (Kinabalu). Tetapi jangan bertindak sesuka hati di gunung ikut suka kamu,” kata Swann, seorang warganegara Singapura.

“Minda warganegara barat memang berbeza. Pada mereka (berb0gel) ini normal. Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kamu perlu hormat,” kata Darren.

Pada 5 Jun lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang pelancong tersebut dari meninggalkan Sabah.

Salinan paparan status yang dimuatnaik Emil Kaminski di laman sosial Facebook

Salinan paparan status yang dimuatnaik Emil Kaminski di laman sosial Facebook

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih