Pelancong B0g3l… Amukan Penunggu Gunung Kinabalu Beri Padah ?!!

Pelancong B0g3l… Amukan Penunggu Gunung Kinabalu Beri Padah ?!! | Pada 30 Mei yang lalu, sekumpulan pelancong warga asing dilaporkan berb0–g3l di puncak gunung Kinabalu.

Kejadian memalukan tersebut menerima banyak kecaman dari orang ramai dan juga penduduk setempat di Sabah.

Hari ini, Kota Kinabalu dikejutkan dengan satu gempa bumi berukuran 6 skala richter yang mengakibatkan kemusnahan sederhana di beberapa kawasan di negeri ini.

Adakah ini mempunyai kaitan dengan insiden pelancong asing berb0gel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei tersebut?

Gunung Kinabalu memang diketahui mempunyai misterinya sendiri. Penduduk tempatan disini menggelar Gunung Kinabalu sebagai “tempat tinggal orang mati”. Ini disebabkan, mereka percaya bahawa diatas puncak gunung tersebut, terdapat penunggunya tersendiri.

Masyarakat Kadazan Dusun yang kebanyakannya berkerja sebagai jurupandu pendaki yang mahu ke puncak Gunung tersebut, selalunya akan menjamu penunggu Gunung tersebut dengan 7 ekor darah ayam putih yang disembelih pada masa-masa tertentu oleh Pawang Gunung yang dipanggil “mononolob“.

Selain ayam putih, upacara menjamu penunggu Gunung Kinabalu juga disertakan dengan telur ayam, pinang dan tembakau. Semua ini dipercayai menjadi kegemaran Raja makhluk halus yang menjaga puncak gunung terbabit yang  dikatakan bernama “Kinomburawan

Menurut mereka, puncak Gunung Kinabalu juga mempunyai pantang larangnya sendiri iaitu tidak dibenarkan membuat bising serta menjerit-jerit dan juga berkelakuan tidak sopan. Ini bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menaikkan kemarahan “Kinomboruwan”.

Jadi, apakah tindakan pelancong asing yang berbogel beramai-ramai dipuncak gunung berkenaan, telah menaikkan kemarahan Raja Makhluk halus disitu? Apakah “Kinomboruwan” mula mengamuk kerana kawasannya dicemari dengan perbuatan biadap orang luar?

Inilah yang diperkatakan oleh masyarakat sekitar khususnya masyarakat kadazandusun selepas gempa bumi melanda kawasan ini. –

Seorang doktor tempatan yang berjaya turun ke base camp Gunung Kinabalu mengesahkan paling kurang seorang pendaki dipercayai telah meninggal dunia manakala dua lagi cedera akibat kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pukul 7.15 pagi tadi.

Menurut laporan The Star Online, Dr Rezlan Abdul Rahman yang berasal dari Pahang mengesahkan kematian wanita itu setelah memeriksa nadinya ketika turun dari gunung berkenaan.

“Dua lagi wanita turut cedera. Mereka masih di Laban Rata ketika kami meneruskan perjalanan turun,” katanya.

Dr Rezlan berkata, beliau dimaklumkan bahawa 3 wanita terbabit memegang tali (untuk memanjat) dan ketika gempa berlaku, tali tersebut terlepas.

“Mereka dipercayai berayun sebelum terhempas kembali ke arah gunung,” katanya.

Laporan awal setakat ini mendakwa paling kurang 5 kematian atau kecederaan dilaporkan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih