Pelajar Universiti Jatuh Dalam Kawah Gunung Berapi

Pelajar Universiti Jatuh Dalam Kawah Gunung Berapi | JAKARTA – INDONESIA. Seorang pelajar dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah kawah gunungberapi, Merapi, kelmarin.

Menurut News Detik, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih cuba mengesan Eri Yunanto, pelajar dari Universiti Atma Jaya, Yogyakarta tersebut.

Sebelum itu, saksi dan juga seorang pendaki, Bagus Deni sempat mengambil foto terakhir Eri sebelum beliau menyaksikan sendiri pelajar tersebut jatuh ke dalam kawah.

Pelajar Universiti Jatuh Dalam Kawah Gunung Berapi

Foto tersebut, yang dimuatnaik sekitar jam 10 malam pada Sabtu terus mendapat perhatian pelayar laman foto popular, Instagram.

Melalui laman foto tersebut, beberapa foto Eri sedang mendaki gunung juga berjaya dilihat oleh pelayar.

Difahamkan, Eri merupakan pelajar semester 6 jurusan Teknik Industri di universiti itu lapor Sinar Harian.

Pelajar Universiti Jatuh Dalam Kawah Gunung Berapi

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih