Pelajar Tadika 5 Tahun Ini Hadiahkan Mercedes Benz Mewah Kepada Guru

Pelajar Tadika 5 Tahun Ini Hadiahkan Mercedes Benz Mewah Kepada Guru

Kuwait: Seorang murid tadika berusia lima tahun memberikan hadiah sebuah kereta Mercedes mewah yang baharu kepada guru kesayangannya selepas tamat persekolahan.

Noor Al Faris, 5, memilih hadiah itu untuk gurunya sebagai tanda terima kasih kerana membantunya tamat pembelajaran di tadika itu, minggu ini.

Noor dilihat sedang duduk diatas bonet kereta terbabit yang tertulis “Kereta ini untuk guru kesayangan saya, Nadia”.

Noor berkata dia memberi hadiah itu sebagai tanda terima kasih dan sayang kepada guru itu kerana membantunya sepanjang belajar di tadika.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan hadiah itu dibeli bapa Noor kerana berterima kasih selepas guru itu membantu anaknya setelah isterinya meninggal dunia.

Lelaki berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, guru terbabit memainkan peranan penting membantu perkembangan Noor selain membawa kesan positif kepada kanak-kanak itu selepas dia kehilangan ibunya.

Harga dan butiran lanjut mengenai kereta itu tidak didedahkan, namun media tempatan melaporkan ia model mewah. – Siakapkeli.my

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

Leave a Reply