Pelajar Sebar Video Celah Kangkang Guru, Kemerosotan Sistem Pendidikan Negara

Pelajar Sebar Video Celah Kangkang Guru, Kemerosotan Sistem Pendidikan Negara – Seorang guru Bahasa Inggeris membuat laporan polis kelmarin selepas video dalam kain melibatkan dirinya yang diambil secara curi oleh sekumpulan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini tersebar.

Difahamkan, guru wa­nita berusia 36 tahun yang sudah mendirikan rumah tangga itu membuat laporan polis selepas berasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian.

Pelajar Sebar Video Celah Kangkang Guru, Kemerosotan Sistem Pendidikan Negara

Pelajar Sebar Video Celah Kangkang Guru, Kemerosotan Sistem Pendidikan Negara

Namun menurut laporan media, guru tersebut memakai BAJU KURUNG sewaktu video itu dirakamkan, jadi tak timbul soal guru tersebut tidak berpakaian sopan atau menjolok mata.

Perbuatan itu terbongkar selepas seorang guru disiplin merampas telefon bimbit salah seorang pelajar itu pada Rabu lalu yang mempunyai rakaman bahagian dalam kain baju kurung guru berkenaan.

Video berkenaan berdurasi selama 10 saat. Selepas membuat rakaman, kumpulan pelajar biadab itu me­ngenakan pula bayaran kepada rakan-rakan lain yang ingin menontonnya.

Pelajar Sebar Video Celah Kangkang Guru, Kemerosotan Sistem Pendidikan Negara

Susulan itu, pihak sekolah memanggil semua pelajar Tingkatan Tiga berkumpul di dewan sebelum mengesan lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan. Guru disiplin itu kemudian memaklumkan kepada mangsa mengenai video tersebut.

Ini lagi bukti kegagalan dasar pelajaran Malaysia dalam melahirkan manusia profesional yang bertaqwa Allah SWT, bukan manusia sekular.

Dan tolong ajar kaum keluarga, sahabat handai, walau macam mana buruk pun pakaian seseorang tu tak menutup aurat, bukan HAK kita untuk mengaibkan lagi mereka atau kadang-kadang sampai mengugut nak merogol untuk bagi pengajaran. Pelajar Sebar Video Celah Kangkang Guru, Kemerosotan Sistem Pendidikan Negara

Salah cara untuk berdakwah yang menyebabkan sasaran dakwah makin menjauhkan diri dan membenci Islam.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih