Pelajar Kolej Maut Ditemui ‘Sujud’ di Atas Kubur

Seorang pelajar kolej maut dalam keadaan ‘sujud’ di atas kubur selepas motosikal ditunggang terbabas masuk ke kawasan perkuburan di Jalan Lendu, Air Paabas di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam, Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19, dikatakan maut di tempat kejadian.

Pelajar Kolej Maut Ditemui 'Sujud' di Atas Kubur

Pelajar Kolej Maut Ditemui ‘Sujud’ di Atas Kubur

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, sebelum kejadian mangsa yang juga pelajar kolej di kawasan berhampiran dipercayai menunggang dari arah Air Paabas menghala ke Lendu.

“Sebaik sahaja sampai di lokasi, motosikal ditunggangnya dipercayai gagal dikawal lalu terbabas di kiri jalan dan melanggar pagar kawasan perkuburan sebelum tercampak di atas salah satu kubur.

“Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous