Pekerja Bangladesh Maut Di Tapak Binaan Projek MRT

Pekerja Bangladesh Maut Di Tapak Binaan Projek MRT | KUALA LUMPUR: Seorang pekerja warga Bangladesh maut dalam kemalangan di tapak pembinaan bawah tanah Tun Razak Exchange projek Mass Rapid Transit (MRT).

Ia adalah kematian pertama membabitkan insiden bawah tanah sejak projek tersebut dimulakan pada 2012.

Safikul, 28, yang bekerja untuk SP Mega Sdn Bhd, subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja konkrit bertetulang, terperangkap di bawah runtuhan itu.

Bagaimanapun, pekerja lain terselamat.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

SP Mega sedang membuat perancangan untuk memaklumkan berita tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh.

Tapak binaan yang terlibat dengan insiden itu ditutup untuk siasatan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan agensi lain. lapor mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih